Tuesday, March 22, 2011

manusia




jangan lah cepat terasa hati. sekiranya mereka jauh, bukan bermakna kau dilupakan. sekiranya mereka menyindir, tidak semestinya kau objek kotor yang disindir. sedarlah, bukan kau satu manusia di bumi ini. banyak. cuma nya, bumi ini bukanlah sebesar yang kau jangka. hati manusia itu pula, berubah-rubah mengikut angin. perasaan mereka pula, pasang surut bagaikan ombak di lautan. manusia itu pula, sering sahaja mudah dilitupi dengan virus-virus yang mana, mata manusia itu sendiri tidak dapat melihatnya. pendengaran mereka pula, ada kalanya hanya tertumpu pada hanya gosip-gosip dunia. semakin berdosa berita, semakin rancak bualannya. perjalanan hidup manusia itu sendiri, belum lagi dapat ditentukan kecerahan masa depannya. kalau hari ini manusia itu menggenggam sehelai seringgit, bukan bermakna esok dia tidak mampu memandu mercedes miliknya sendiri. apabila mereka nampak anggun bagaikan bidadari, esok hari mungkin mukanya seperti saorang tua yang sedang menenyeh sirih di bibir.




puas membebel sebab tak dapat tido.
apa-apa sajalah kau dany.

zzz

No comments:

Post a Comment